Selamba Keluar Ke Kedai Pakai Gelang Pink, Gadis Ini Dedah Situasi Sebenar

0
7883

Kes individu memakai gelang pink berkeliaran hangat diperkatakan sejak pandemik Covid-19 melanda negara. Umum mengetahui gelang pink diberikan kepada mereka yang disahkan positif virus berkenaan.

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok seorang pengguna TikTok @Bibieyyayang yang selemba memuat naik video keluar ke kedai sambail memakai gelang pink.

Perkongsian video tersebut mengundang rasa kurang senang netizen apatah lagi sesuka hati keluar meskipun berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Daerah (PKPD).

Seperti sudah dijangka video tersebut dikecam teruk oleh netizen serta menyifatkan wanita itu bersikap penting diri apatah lagi keadaan negara sedang genting.

Bagaimanapun, menerusi satu lagi video wanita itu tampil menjelaskan perkara sebenar dimana orang ramai dimaklumkan tidak dibenarkan keluar atau memasuki kawasan tempat tinggalnya.

Malah, bukan dia sahaja yang keluar ke kedai memberi keperluan tetapi turut menunjukkan penduduk di kawasan berkenaan turut keluar memakai gelang pink dan ianya dibolehkan.

Difahamkan kejadian itu berlaku Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, Kelantan yang dikenakan PKPD. Katanya lagi, semua penduduk yang memakai gelang pink hanya dibenarkan membeli barang keperlukan di kedai tersebut sahaja.

SUMBER: TikTok