Selamba Suruh Mak Bagi Ayah Kahwin Lain, Netizen Harap Budak Ini Selamat

Setiap kanak-kanak yang sedang membesar sememangnya suka bertanyakan banyak perkara memandangkan pada usia tersebut sifat ingin tahu mereka terlalu tinggi.

Malah, ada yang terlebih bijak mereka akan sibuk bertanyakan hal orang dewasa termasuk hal rumah tangga. Namun, adakalanya soalan ditanyakan mereka membuatkan kita geram.

Seperti video di TikTok yang tular ini, seorang wanita bernama Yatie Herman berkongsikan video dimana anaknya mengajukan yang membuatkan dia naik angin.

Mana tidaknya, ketika dia sedang memandu kereta menuju ke sebuah destinasi, anaknya bertanyakan mengapa tak suruh bapanya berkahwin lain.

“Ustaz kata kahwin ni benda halal, kalau macam tu kenapa mama tak suruh papa kahwin lagi? Kan halal tu,” soalnya.

Mendengarkan pertanyaan anaknya itu, Yatie terus memberhentikan kereta dan pantas mengambil beg tangan untuk menghempuk anaknya.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizan yang terhibur melihat dua beranak itu serta ‘mendoakan’ agar budak itu selamat.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan, mungkin bapanya akan memberi upah jika berjaya memujuk ibunya supaya izinkan berkahwin lain.

Kata netizen lagi, budak itu bertanya soalan muat dan bimbang dia dan bapanya akan tidur di luar rumah nanti. Sabar jelah dapat anak bijak macam ni, lain macam soalan ditanya.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.

SUMBER: TikTok