Selamba Tak Pakai Mask, Lelaki Maki Peniaga Nasi Lemak Direman

Baru-baru ini tular video seorang lelaki memaki hamun peniaga nasi lemak selepas ditegur tidak memakai pelitup muka di hadapan sebuah kedai di Jalan Desa Bakti pada Isnin lalu.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan lelaki tersebut yang tidak bertanggungjawab tidak memakai pelitup muka.

Terbaru, Sinar Harian melaporkan suspek berusia 33 tahun itu telah pun ditahan oleh pihak polis kira-kira jam 8 malam di rumahnya berdekatan gerai nasi lemak berkenaan semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superitendan Basri Sagoni berkata, suspek akan direman selama dua hari untuk siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Peraturan 17(1) Akta Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

SUMBER: Sinar Harian