Bukan mudah untuk mencari rezeki zaman sekarang, namun jika rajin berusaha dan tidak berputus asa, pasti akan ada hasilnya. Yakinlah bahawa rezeki Allah itu luas dan jangan berkira dengan keluarga pasti akan dilimpahkan rezeki melimpah ruah.
Baru-baru ini perkongsian seorang gadis ini menjadi perhatian ramai dimana dia membelanja ibu bapanya barang sebanyak hampir RM600. Namun Allah gantikan semula dengan rezeki yang tidak dijangka.
https://twitter.com/dianasruddin/status/1314604535394889729
Tidak sangka perkongsiannya itu tular, usahawan tudung berusia 23 tahun itu terkejut jualan tudungnya meningkat di luar jangkaan dalam tempoh yang singkat, malah jauh melepasi sasaran.
“Sebenarnya setiap bulan ada peruntukan untuk barang dapur selain perbelanjaan lain untuk mak ayah saya. Tak ada perubahan apa-apa pun.
“Cuma minggu sebelumnya saya amat penat kerana terlalu sibuk dengan kerja. Jadi salah satu sebab perkongsian itu untuk meredakan kepenatan saya,” katanya.
Mula mengusahakan peniagaan tudung sejak 2014, Nordiana berkata sama seperti mana-mana perniagaan lain sudah tentu dia meletakkan sasaran jualan yang perlu dicapai setiap bulan.
Jelasnya kebiasaannya sebahagiaan besar hasil jualan yang mencecah enam angga sehingga akhir bulan. Namun Diana terkejut apabila jualan tudungnya mencapai sasaran tanpa perlu menunggu hujung bulan.
“Alhamdulillah, saya bersyukur dan anggap ini adalah rezeki daripada Allah dan restu daripada mak ayah yang membesarkan saya,” katanya.
SUMBER: mStar