Semalam hangat diperkatakan apabila tular video kanak-kanak berusia 9 tahun membawa kereta Proton Saga meronda di kampng. Bagaimanapun, tular video terbaru pula kanak-kanak bawah umur memandu lori tangki dipercayai di Rantau, Seremban.
Video berdurasi 1.18 minit itu mulai tular di aplikasi Whatsapp sejak petang semalam memaparkan seorang kanak-kanak bawah umur memandu lori treler jenis HINO.
Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, sebuah laporan polis telah diterima berkaitan video yang tular ini kerana kecuaian ibu bapa kanak-kanak tersebut yang membiarkan anak bawah umur memandu.
Ujarnya, pihak polis kini sedang mengesan bapa dan kanak-kanak berkenaan bagi membantu siasatan.
Perkembangan mengenai kes budak 9 tahun memandu kereta, pihak polis sudah pun menyaman pemilik kereta Proton Saga yang merupakan bapa kepada kanak-kanak berkenaan.
Tindakan saman itu dibuat mengikut Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APK 1987) terhadap pemilik kerana membenarkan kenderaan terbabit dipandu kanak-kanak di bawah umur.
SUMBER: Sinar Harian / Info Roadblock JPJ/POLIS