Selepas Khairul Aming, Doktor Perli Peniaga Air Balang Pula

Umum mengetahui, pakar perubatan Dr Rafidah Abdullah sememangnya tidak pernah penat menegur perkara berkaitan dengan gaya hidup serta tahap kesihatan masyarakat.

Terbaru, perkongsian Dr Rafidah menjadi perhatian apabila memuat naik kiasan tentang air berperisa dalam balang kaca yang dijual di sebuah bazar Ramadan.

Kiasan itu membabitkan tahap kesihatan haiwan yang hidup di dalam air tersebut asti akan kena kencing manis serta potong kaki disebabkan air berkenaan.

“Saya jangka ikan-ikan pun terus kencing manis dan dapat komplikasi organ seperti potong kaki, buta dan rosak buah pinggang,” tulisnya.

Difahamkan, Dr Rafidah mengulang kicau twit yang dibuat seorang pengguna Twiter memaparkan dua balang air seperti akuarium yang biasa digunakan untuk membela ikan.

Seperti sudah dijangka, ramai netizen yang ‘bitter’ dengan kiasan digunakan oleh Dr Rafidah. Malah ada yang menempelak kiasan tersebut serta menyindir pakar perubatan itu semula.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen menyokong kiasan Dr Rafidah mengenai kesan kepada kesihatan jika tidak mengawal pengambilan gula.

Sebelum ini, netizen kurang senang dengan tindakan Dr Rafidah menegur personaliti masakan popular Khairulaming kerana berkongsi cara memasak yang dianggap tidak sihat kerana penggunaan minyak yang banyak.

Bagaimanapun, Dr Rafidah kemudiannya memohon maaf kerana ramai beranggapan dia menuduh Khairulaming merosakkan kesihatan rakyat Malaysia.

Menurut Dr Rafidah, ramai yang menyalah anggap ciapannya itu serta berharap influencer yang lain selepas ini supaya mempamerkan kandungan kalori dalam video.

SUMBER: mStar Online