Penampilan terbaru penyanyi Adibah Noor mengejutkan ramai apabila dilihat semakin kurus dan berbeza berbanding sebelum ini.
Menerusi foto dikongsikan di Instagram, Adibah dilihat memakai busana baju kurung oren sedang menjalankan tugas sebagai hos untuk sebuah majlis.
Memetik mStar Online, bagaimanapun Adibah enggan mendedahkan berat badannya sekarang serta berapa jumlah kilogram berjaya diturunkan dalam tempoh dua bulan.
Menurut Adibah, sebelum ini dia boleh makan tiga bungkus nasi lemak namun kini hanya satu sahaja. Ujarnya lagi, pada awalnya sukar untuk amalkan cara pemakanan tersebut.
“Sudah tiba masanya saya menjaga kesihatan sebab faktor usia. Kalau dulu boleh makan nasi lemak tiga bungkus, sekarang hanya satu sahaja.
“Mula-mula memang susah nak amalkan, namun sekarang sudah biasa. Saya juga amalkan senaman ringan berjalan-berjalan sekitar kawasan rumah sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, Adibah turut mendedahkan rahsia pemakanannya dimana dia hanya mengambil enam suapan setiap kali makan untuk dapatkan bentuk badannya sekarang.
“Saya jauhkan minuman bergula dan hadkan makan enam suap sahaja setiap kali makan. Selain itu saya tidak mengambil makanan yang di proeses. Contoh kalau beli burger di tepi jalan, saya akan cari gerai yang membuat dagingnya sendiri dan bukan telah diproses.
“Saya akan cari makanan yang dimasak segar dan tidak menggunakan makanan yang diproses atau dalam tin,” katanya.
SUMBER: mStar Online