“Semoga Neelofa Menjadi Isteri Solehah, Kepada PU Riz Jaga Perhiasan Dunia Yang Allah Bagi Ini”

Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan mengenai selebriti popular Neelofa yang bakal disatukan dengan PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail.

Selepas tular video jadi Neelofa dipenuhi inai, terbaru pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal memberi ucapan seakan mengiyakan perkhabaran mengenai perkahwinan bekas pengacara MeleTOP itu.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Ustaz Don dilihat memuat naik gambar bersama Nabil Ahmad dan Neelofa untuk program terbaru yang akan disiarkan Ramadan nanti.

Dalam entri tersebut, Ustaz Don sempat menitipkan doa buat Neelofa semoga menjadi isteri yang solehah serta buat PU Riz supaya menjaga perhiasan dunia yang dikirimkan oleh Allah.

“Untuk Neelofa, saya doakan untuk hari mendatang, agar disatukan dalam keberkatan, dihimpunkan dengn orang baik, diberi pilihan itu pilihan yang baik.

“Semoga Neelofa menjadi isteri solehah, dan kepada PU Riz jaga perhiasan dunia yang baik yang Allah bagi ini,” tulisnya.

Setakat ini, Neelofa mahupun PU Riz masih lagi mengunci mulut mengenai majlis yang dinanti-nanti ramai itu.