Sempat Kahwin Sebelum Sekolah Buka, Pelajar Tingkatan 5 Ini Kongsi Kisah Di TikTok

0
22930

Mungkin pada satu ketika dahulu, kita sering mendengar bahawa orang dulu-dulu banyak yang kahwin awal yang bermaksud berkahwin ketika usia belasan tahun. Namun perkara tersebut dilihat kembali berulang di zaman sekarang.

BACA: Kekasih Suami Datang Jumpa Isteri Minta Izin Nak Kahwin, Tapi Rupanya…

Melalui satu perkongsian video pendek di TikTok, seorang pelajar telah berkongsikan gambar perkahwinan dan sedikit sebanyak kisahnya mendirikan rumah tangga.

Apa yang menarik sebenarnya adalah di bahagian komen. Tidak dapat disangkal lagi, ramai yang meninggalkan komen dilihat sebaya dengan pelajar berkenaan – yang turut mahu berkahwin namun dihalang keluarga.

Sementara itu, bagi pelajar berkenaan, dia tetap akan meneruskan persekolahan walapun sudah berkahwin.

@nadhamzh

jgn fyp nnt cikgu aku nampak macam mana aku nak pergi sekolah 🤣🤣🤣🤣##makeaface ##fyp ##fypシ ##hurtmyfeelings

♬ Bapakku Dokter Cinta (Hal Biasa) – Gamma1

Sebelum ini, perkahwinan di usia muda ini turut sedikit sebanyak menimbulkan pendapat berbeza di kalangan netizen. Ada yang bersetuju dan ada juga yang bimbang mengenai hala tuju remaja ini dalam mengemudi keluarga.

Ada yang menyatakan bahawa dengan kepesatan teknologi sekarang, remaja mudah terdedah kepada perkara yang lebih advance yang mungkin tidak selari dengan umurnya dan keingingan untuk mencuba perkara baru adalah tinggi ketika di usia ini.

Apa pun, pastinya pihak ibu bapa akan turut sama memberikan kerjasama dan juga nasihat buat anak-anak mereka melayari bahtera rumahtangga yang ada pasang surutnya.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.