Semua Benda Nak Kena Kecam, Ini Peraturan Baru Chef Ammar Buat Untuk Pelanggannya

Setiap kali bulan Ramadan pasti ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan nasi arab lamb shank oleh Chef Ammar. Jadi tidak hairan jika ada yang sudah mula beratur seawal jam 4 petang untuk mendapatkan nasi arab tersebut.

Namun baru saja 10 Ramadan, ada saja cerita tentang nasi arab Chef Ammar. Baru saja reda tentang isu nasi arab Chef Ammar dikatakan mahal dan pelanggan marah kerana tidak dapat membeli nasi arab tersebut.

Memetik mStar Online, sehubungan itu Chef Ammar telah menetapkan peraturan baru bermula hari ini setiap pelanggan dihadkan membeli maksimum empat set sahaja dalam masa sama mahu berlaku adil kepada semua pelanggannya.

@bukharikhir

isu di bazaar stadium shah alam . kedai cheff ammar. #fypシ #fypシ゚viral #chefammarbazzarramadan

♬ original sound – Muhamad Bukhari – MR.EE✅

“Sekarang semua yang datang nak beli sampai 15, 20, 25 pax. Saya faham ada yang beli untuk rakan satu tempat kerja, satu keluarga. Jadi seperti yang dibangkitkan, orang yang beratur di belakang tak dapat.

“Kami juga telah bercakap dengan pihak yang berwajib mengenai isu ini, dan mereka memberi pandangan dan nasihat. Menurut mereka, pelanggan tak boleh menyalahkan saya kerana perkara ini di luar kawalan saya.

“Jadi menurut mereka terpulang kepada pihak saya untuk membuat satu ketetapan atau solusi. Jadi mulai Rabu, setiap individu dihadkan untuk membeli dua pax kambing dan dua pax ayam… iaitu maksima empat pax. Ini peraturan dari kami demi berlaku adil kepada pelanggan,” katanya.

Dalam pada itu, Chef Ammar berkata pihaknya akan memasang banner di bazar untuk memberitahu kepada pelanggan tentang peraturan tersebut.

Kata Chef Ammar lagi, dia sedar ramai yang meminta untuk memasak lebih untuk mengelakkan masalah pelanggan tidak dapat membeli berulang.

“Ya saya sedar ramai yang beri cadangan supaya kami masak lebih. Saya nak jelaskan, kami juga ada bajet untuk setiap hari. Jika sudah mencapai bajet, itu sahaja.
“Kami tak boleh call kilang, minta masak lagi dan hantar ke bazar. Ini bukan kedai makan seperti KFC atau McDonald’s. Kami tak tahu bilangan pelanggan yang datang setiap hari. Ada yang minta bungkus siap-siap supaya cepat.

“Tak syoklah kerana kita nak orang lihat makanan dan skil kita secara live. Keduanya, kami kena maintain kualiti makanan.

“Ketiga, kami juga ada staf di mana mereka juga letih, nak berbuka puasa, nak solat. Takkan sepanjang petang hingga malam kita nak duduk di bazar sahaja. Kita kena kemas, buat closing, proses bahan untuk esok pula… semua perkara behind the scene ini pelanggan tak nampak,” katanya.

Sementara itu, Chef Ammar berkata pihaknya turut menyediakan lorong ekspres buat golongan ibu hamil dan warga emas serta menambah juruwang agar pembelian berjalan dengan pantas dan mudah.