Semua Pencarum KWSP Terjejas Boleh Keluar Dari Akaun 1 Sehingga RM10,000

Ini semestinya berita baik untuk rakyat dimana Kerajaan bersetuju membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan hingga RM10,000 daripada Akaun 1.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz sebentar tadi di Parlimen.

Menurutnya, Program i-Sinar kini dibuka untuk kesemua 8 juta pencarum KWSP yang terjejas, dengan jumlah pengeluaran maksimum meningkat kepada RM10,000.

“Program i-Sinar diperluas kepada semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan mereka. Tidak kira sama ada hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan tahun ini, mereka layak memohon,” katanya.

Jelasnya lagi, pencarum hanya perlu memohon menerusi atas talian atau pergi ke mana-mana cawangan KWSP terdekat.