Semua Video Di Saluran Youtube Sugu Pavithra Kini Sudah Dipadam?

Baru-baru ini setelah selesai kes berkaitan Pavithra dan juga suaminya, hari ini peminat dan penonton saluran Youtube mereka sekali lagi dikejutkan apabila semua video di laman tersebut hilang.

BACA: Bayar Ikat Jamin RM10,000, Pavithra Maafkan Kesalahan Suami

Tidak tahu sama ada disembunyikan (unlisted) atau telah dipadam selamanya, perkara ini ternyata menimbulkan tanda tanya kerana rata-rata peminat mereka mengharapkan pasangan ini akan kembali beraksi memasak seperti biasa.

Sementara itu menurut laporan Harian Metro, mereka juga gagal dihubungi dan didakwa tidak lagi menggunakan nombor telefon sebelum ini.

Selain itu, pasangan ini menjelaskan bahawa menolak untuk menerima sebarang anugerah selepas ini.

“Bukan kami saja youtuber, tetapi ramai yang berbakat dalam pelbagai bidang, jadi kami tidak layak (terima apa-apa anugerah)”

“Selepas ini kami tidak mahu jadi orang dikenali ramai. Semua itu kami tak nak. Kami orang biasa saja, jadi biarkan kami hidup seperti biasa,” jelasnya kepada portal berita tersebut.