Senang Sangat Rupanya, Ini Cara Simple Pasang RFID

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai kenyataan oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) dimana penggunaan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG di plaza tol akan diberhentikan secara berperingkat.

Bagaimanapun, menerusi kenyataan itu tidak dimaklumkan mengenai tempoh masa yang dimaksudkan.

Dalam kenyataan itu juga, bermula 15 Januari 2022 penggunaan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) akan dilaksanakan di rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan daripada Skudai, Johor, hinggalah Juru, Pulau Pinang.

Nampaknya, semua pengguna jalan raya perlu bersiap sedia untuk menggunakan RFID kerana penggunaannya akan diperluaskan tidak lama lagi.

Buat anda yang tertanya-tanya menggenai pemasangan RFID, mudah rupanya dan boleh pasang sendiri sahaja.

Lebih mudah anda boleh sahaja beli di platform beli belah Shopee atau Lazada pada harga RM25 sahaja dan penghantaran percuma.

Malah, turut diberikan cara dan langkah untuk memasang RFID pada kenderaan anda. Memang mudah sangat. Tapi kalau tak reti juga, boleh minta suami buatkan.

SUMBER:Viral Muafakat Johor