Senggama Luar Tabii Dengan Kambing, Warga Emas Dipenjara 6 Tahun

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai berita dimana seorang lelaki warga emas didakwa melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina pada Julai lalu.

Dalam sebutan kes hari ini, Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Baru menjatuhkan hukuman penjara enam tahun terhadap warga emas berusia 60 tahun itu.

Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah ketika sebutan kes hari ini.

Dalam pada itu, mahkamah juga mengarahkan tertuduh diletakkan di bawah pengawasan polis selama setahun selepas keluar dari penjara, serta mendapatkan khidmat kaunseling.

Hakim turut menyoal punca kematian kambing berkenaan dan Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisa Noor Harun menyatakan ia disebabkan kegagalan paru-paru.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Buaya, Rawang pada 1.33 tengah hari, 27 Julai lalu.

Terdahulu, peguam Muizzudin Schanni Feizal Maurice Feizal memohon hukuman sebat tidak dikenakan berikutan tertuduh merupakan seorang warga emas.

Kes didakwa mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

SUMBER: Siakap Keli