Sepak & Pijak Anak Dipercayai Kerana Cemburu, Netizen Luah Rasa Berang Mahu Suspek Ditahan

Sejak semalam tular di media sosial video memaparkan dua kanak-kanak meraung apabila disepak dan dipijak oleh seorang lelaki dipercayai bapa kandung mereka.

Menerusi Facebook yang berkongsikan video tersebut memberitahu kejadian itu dipercayai berlaku di Kunak, Sabak.

Memetik laporan dari Online Lahad Datu, suspek dipercayai telah melarikan diri bersama dua orang kanak-kanak itu selepas video berkenaan tular.

Dalam video berkenaan, suspek telah menyepak kedua kanak-kanak berkenan sambil memegang pisau serta mengugut mahu membunuh kanak-kanak tersebut.

Difahamkan, suspek bertindak sedemikian dipercayai kerana cemburu setelah bercerai dengan isterinya. Bagaimanapun, setakat ini masih tiada maklumat rasmi daripada pihak berkuasa mengenai video berkenaan.

Sementara itu, menerusi ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa berang dengan tindakan berperikemanusiaan lelaki berkenaan serta mahu suspek segera ditahan.

SUMBER: Online Lahad Datu