Baru Hari Raya ketiga semalam, sudah berlaku kekecohan di sebuah kedai mamak menjadi bualan netizen di media sosial.
Menerusi video tular itu, seorang wanita dipercayai sedang memarahi pekerja kedai mamak berkenaan kerana makanan lambat sampai.
Drama raya ke-3
Kejadian dekat kedai mamak. kerugian sebiji helmet kura-kura dengan 1 bekas kari.
Cameraman tiptop! pic.twitter.com/tTcxcSveNc
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) April 24, 2023
Pelanggan wanita itu turut mahu wangnya semula selepas lama menanti makanan dan mula hilang sabar apabila membaling topi keledar yang dipakainya sehingga bekas kuah kari terbalik.
“Kau tak kenal aku ni siapa. Kau tunggu lawyer aku datang” luah wanita tersebut.
Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen mengecam tindakan wanita berkenaan kerana tumpahkan rezeki ke lantai sedangkan ada orang lain yang turut menunggu makanan mereka.
Kau marah ke, kau tak suka ke, jangan kau libatkan makanan. Itu rezeki. Kau nak sumpah seranah dia ke, boikot ke, silakan. Tapi bila sampai kau bazirkan makanan macam tu, that's too much. You literally over the limit! Makcik, we don't know you and we don't even want to know you! https://t.co/lJ0g8pt6Ob
— nz (@ehhdxhxz_) April 24, 2023
https://twitter.com/kiddokid999/status/1650671767076372481?
Malah, ada netizen yang menyindir wanita tersebut bahawa tiada siapa mengenalinya dan tidak mahu tahu siapa wanita tersebut.
https://twitter.com/najiblazi/status/1650544609804828672?
Dalam pada itu, ada segelintir netizen memuji kecekapan perakam video yang merakam situasi tersebut dengan tenang dan tanpa gegaran.
SUMBER: Twitter