Setahun Tiada Video Baru, Ramai Tanya Mana Sugu Pavithra Menghilang

Jika diimbas kembali ketika negara dilanda pandemik, sememangnya ramai mengenali YouTuber, Sugu Pavithra yang pernah menjadi fenomena sebelum ini.

Ramai yang menantikan video masakan yang dikongsikan oleh Sugu Pavithra sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Ketika nama berada di puncak, timbul kontroversi apabila suaminya M. Sugu didakwa memukul isterinya Pavithra.

Ia dikatakan berpunca suaminya didakwa tidak berpuas hati namanya tidak tercalon untuk menerima anugerah Ikon Bandaraya Ipoh.

Bagaimanapun, Pavithra akhirnya memaafkan suaminya itu dan memaklumkan akan teruskan kehidupan seperti biasa serta kembali bersama meneruskan rancangan masakan di YouTube.

Sementara itu, sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan di laman Twitter apabila seorang netizen tertanya-tanya kemana Sugu Pavithra menghilang dan video terakhir dimuat naik adalah setahun yang lalu.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut memperkatakan mengenai masakan daripada Pavithra dan rindu untuk melihat resepi dikongsikan beliau.

Turut menjadi perhatian, pelbagai komen diberikan netizen dan ada yang mendakwa suami kepada wanita itu cemburu sehingga Pavithra berhenti membuat video masakan.

Malah, ada netizen yang bersetuju dengan pendapat individu itu serta mendakwa gambar suami lebih besar daripada isterinya pada buku resepi mereka.