Baru-baru ini, netizen digemparkan dengan beberapa gambar Shah Rukh Khan sedang menikmati durian, siap berkopiah lagi. Ternyata gambar tersebut membuatkan peminat setia bintang lagenda Bollywood itu tak sabar untuk berjumpa.
BACA: Zizan Razak Jumpa ‘Kembar’ Tokram, Sombong Juga Katanya
Bagaimanapun dalam masa yang sama, terdapat juga segelintir netizen yang mempertikaikan kesahihan serta kebenaran gambar tersebut kerana terlihat sungguh mirip dengan Shah Rukh Khan.
Tidak mahu perkara tersebut semakin melarat, akhirnya empunya sebenar wajah mirip Shah Rukh Khan iaitu Syhaiful Afanddi Ismail (44 tahun) tampil memohon maaf selain menyatakan gambar yang dikongsikan adalah melalui suntingan semata-mata.
“Niat saya hanya untuk suka-suka namun tidak sangka tular di laman sosial dan dikongsi ramai,” katanya seperti laporan Harian Metro.
Viral Yang Positif
Mana mungkin terkawal komen yang ditinggalkan di laman sosial, namun bagi Afanddi, dia terbuka dengan perkara tersebut selain melihat apa yang terjadi dari sudut positif.
“Saya ahli jawatankuasa media dan publisiti masjid, jadi secara tidak langsung penularan ini membantu orang ramai mengenali masjid berkenaan.
“Hebat kuasa tular ini sehingga FB masjid berkenaan juga menerima ‘like’ yang banyak sejak semalam,” katanya.