Shuhada Kongsi Detik Perkenalan Dengan Hafidz Roshdi

Baru-baru ini isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada ada menjawab pertanyaan daripada pengikutnya di Instagram.

Antara yang menjadi perhatian apabila ada yang bertanyakan mengenai perkenalan Shuhada dengan suaminya itu dan berapa lama mereka kenal.

Menjawab persoalan netizen itu, Shuhada berkata dia berkenalan dengan Hafidz ketika mereka sama-sama melanjutkan pengajian di sebuah universiti.

Kongsinya lagi, ketika itu dia dan Hafidz sering meraih markah tinggi setiap semestar dan pelakon itu juga turut memintanya unutk mengajar.

Kata Shuhada lagi, ketika itu mereka sering dating di perpustakaan dan selepas dua tiga tahun perkenalan mereka membuat keputusan untuk berkahwin.

Sementara itu, dalam perkongsian lain Shuhada berkongsikan dia merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang ekonomi dan kewangan.

SUMBER: Xtra