Tidak dinafikan, di zaman media sosial ini ramai yang tidak melepaskan peluang untuk berkongsikan video bersama pasangan mereka untuk tatapan umum.
Malah, banyak trend yang sering diikuti oleh orang ramai serta pasangan untuk dijadikan konten buat akaun media sosial mereka.
Baru-baru ini, tular video di TikTok yang dikongsikan kembali pengguna Twitter memaparkan si isteri sedang menyiapkan suaminya pada Hari Raya.
Ingatkan pakaikan baju untuk adik..muka macam lepas sunat pic.twitter.com/XeKw6GBYc5
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) May 14, 2023
Menerusi video itu, si isteri memakaikan baju Melayu untuk suaminya dan pasangan itu turut menayang kemesraan serta bercumbu yang dilihat tidak sesuai untuk dikongsikan di media sosial.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kurang senang dengan aksi dipaparkan oleh pasangan tersebut.
Kata netizen lagi, meskipun sudah berkahwin dan halal tidak bermakna boleh bermesra di depan khalayak ramai atau memuat naik video kepada umum kerana itu bukan akhlak seorang Muslim.