Siap Cucuk Kereta Depan, Pemandu Honda Hulur SmartTAG Di Lorong RFID Buat Netizen Terhibur

Setiap kali melalui plaza tol ada sahaja ragam pengguna jalan raya yang boleh dikatakan melakukan perkara ‘pelik’ sehingga adakalanya menyusahkan pemandu lain.

Baru-baru ini tular video dikongsikan seorang pemandu satu rakaman video dimana memaparkan sebuah Honday City dibelakangnya.

Apa yang mengundang persoalan, pemandu Honda City itu melalui lorong RFID namun cuba membayar tol menggunakan SmartTAG.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan pemandu Honda City itu sedangkan papan tanda setiap lorong yang disediakan dapat dilihat dengan jelas dan besar.

Dalam pada itu, ada yang mendakwa pemandu Honda City itu mahu mengelak dari membayar tol apabila menggunakan SmartTAG untuk ‘cover line’ supaya dapat menghimpit kereta di hadapannya.

Tambah netizen lagi, disebabkan kes seperti ini dimana pemandu lalu di lorong RFID menggunakan SmartTAG kemudian bercerita di media sosial kononnya RFID tidak relevan dan bermasalah.

SUMBER: The Vocket & Facebook