Siapa Suka Bikin Kereta Tayar Kangkang Boleh Dipenjara

Trend modifikasi ‘tayar kangkang’ bukanlah sesuatu yang baru sehingga ramai yang mengikut sama ada pemilik kereta tempatan mahupun buatan luar negara.

Nampaknya, mungkin selepas ini trend tersebut tidak akan dilihat lagi di jalan raya apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan satu kenyataan tindakan akan dikenakan kepada pemilik kenderaan menggunakan tayar hellaflush atau tayar kangkang.

Kata PDRM lagi, pengubahsuaian tersebut boleh menyebabkan pemanduan terjejas akibat kegagalan sistem keselamatan, selain brek tidak dapat berfungsi dengan cekap.

“Pengubahsuaian tersebut boleh menyebabkan pemanduan terjejas akibat daripada kegagalan sistem keselamatan dan brek yang tidak berfungsi dengan cekap sehingga merisikokan nyawa pemandu serta pengguna jalan raya lain,” tulis kenyataan itu.

Menurut PDRM, pemilik kenderaan boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan.

Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 6, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 138, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 170/59 , iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.

SUMBER: BH Online