Sejak semalam, hangat diperkatakan mengenai video tular pensyarak Universiti Teknologi Mara (UiTM) menghina pelajar yang tiada laptop serta golongan B40 sekaligus mencetuskan kemarahan netizen.
Bagaimanapun, sejak pagi tadi, tular laporan kronologi dipercayai dibuat oleh pihak UiTM secara dalam mengenai kontroversi berkenaan.
Beberapa pelajar dipanggil dan hasil temubual mengesahkan video tersebut berlaku semasa kuliah secara online minggu ke-8 Semester Oktober 2021 sehingga Februari 2022 bagi subjek yang diajar pensyarah berkenaan.
Malah, latar belakang pelajar B40 didakwa telah dihina itu berbeza dengan apa yang diberitahu di dalam video tular itu.
Siasatan mendapati, pelajar tersebut masih mempunyai ibu yang bekerja sebagai operator pengeluaran kilang.
Pelajar tersebut juga sebenarnya mempunyai komputer peribadinya sendiri tetapi tidak dibawa bersama ke kampus.
Dalam pada itu, laporan tersebut mendedahkan video tular itu bukan direkod dan tularkan oleh pelajar berkenaan. Malah, pelajar itu tidak setuju sama sekali video berkenaan ditularkan.
Mengikut rekod, pelajar itu juga tidak pernah memohon bantuan zakat, sebaliknya mendapat pinjaman PTPTN.
Terdahulu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pensyarah kontrak berkenaan susulan video tular itu.
Difahamkan, wanita berkenaan merupakan pensyarah kontrak di UiTM cawangan Seri Iskandar, Perak dan mengajar di Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur (FSPU).