“Sirim Perlu Dilakukan Untuk Banteras Pelitup Muka Hauk Di Pasaran” – Jovian

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai pengumuman bukan perubatan perlu mendapat perakuan SIRIM bermula pada 4 Julai ini.

Bagaimanapun, perkara itu mendapat respon negatif daripada orang ramai mengenai pengumuman itu apatah lagi selepas tiga tahun barulah mahu dikuat kuasakan.

Malah, ramai yang meluahkan rasa bimbang kerana memikirkan mengenai kos yang akan meningkat kerana perlu mendapatkan pelitup muka yang mempunyai cop sirim.

Perkara itu turut mendapat perhatian pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie yang memaklumkan orang ramai tidak perlu panik kerana ia akan dikuat kuasakan pada 4 Julai depan.

Menerusi satu entri, menantu kepada Perdana Menteri itu turut menjelaskan mengenai pelitup muka keluarannya selamat dipakai kerana telah diiktiraf oleh MDA (Medical Device Authority) sejak 2020 lagi.

Dalamm pada itu, Jovian turut bersetuju degan langkah kerajaan mengenai cop Sirim pada pelitup muka kerana sekaligus dapat membanteras pelitup muka yang tiada kualiti di pasaran.

Terdahulu, selepas sehari mengumumkan mengenai perkara itu, kerajaan telah pun bersetuju untuk menunda penguatkuasaan tersebut selepas mengambil kira maklum balas daripada umum.