Siti Sarah Meninggal Dunia, Takziah Buat Shuib Sekeluarga

Melalui satu perkongsian oleh Shuib sendiri kira-kira Subuh tadi, keadaan sedih dan hiba mengiringi pemergian isteri tercinta iaitu Siti Sarah.

Dalam perkongsiannya itu, Shuib menjelaskan bahawa isterinya telah meninggal dunia pada 9 Ogos, 5.13 minit pagi.

Sebelum ini, Shuib turut berkongsikan keadaan Siti Sarah yang kritikal dengan paras oksigen sekitar 40 peratus.

Malah isterinya turut terpaksa ditiarapkan dan juga mengalami darah beku selepas pembedahan mengeluarkan anaknya.

Dalam perkembangan terdahulu, Shuib menyatakan bahawa anak keempatnya, Ayash Affan telah mula buka mata dan kini berada dalam keadaan stabil.

Siti Sarah dan juga Shuib berkahwin pada Februari 2011 dan dikurniakan empat orang anak.

Siti Sarah meninggal dunia selepas lima hari bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan Covid-19.

Semoga Shuib sekeluarga tabah menghadapi ujian ini dan semoga Siti Sarah ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Al-Fatihah.