Soalan Lelaki Ini Mengundang Panas Hati Netizen, Mintak Isteri Bayar Separuh Sewa Rumah Bila Dah Kahwin?

Alam perkahwinan sangat indah, namun bukan mudah untuk melayari bahtera rumah tangga ditambah pula dengan pelbagai komitmen. Seperti kita tahu, suami selaku ketua keluarga dipertanggungjawabkan untuk menyara keluarga.

Namun, melihatkan kos sara hidup semakin meningkat, ramai pasangan mengamalkan sikap tolak ansur untuk bersama-sama memenuhi segala komitmen lebih-lebih lagi jika isteri bekerja.

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai perkongsian seorang netizen yang bertanyakan jika dia membeli rumah adakah perlu jika dia meminta isteri membayar separuh rumah mereka jika sudah berkahwin.

Ujarnya, jika mereka menyewa rumah dan isteri bekerja, dia mahukan isterinya membayar separuh rumah mereka.

 

Seperti sudah dijangka, melalui undian yang dilakukan 72 peratus netizen tidak bersetuju dan mengatakan bahawa pihak lelaki yang perlu membayar sepenuhnya rumah berkenaan.

Persoalan lelaki itu ternyata mengundang rasa tidak puas hati dikalangan netizen yang mengatakan lelaki berkenaan seolah melayan isterinya seperti penyewa.

Kata netizen lagi, jika suami memilih untuk mengamalkan situasi sedemikian kemungkinan perkahwinan tidak akan berkekalan.

 

Dalam pada itu, ada netizen mengatakan perkataan ‘caj’ yang digunakan mungkin boleh ditukar kepada berkongsi kerana jika mahu caj sewa pada isteri, pasti suami boleh kenakan caj pada setiap apa yang dilakukan oleh isteri.

 

Tidak hanya setakat itu, lelaki itu turut bertanyakan bagaimana pula jika isteri memiliki rumah tersebut dan mereka pindah ke rumah berkenaan selepas berkahwin, adakah tugas untuk membayar rumah berkenaan jatuh ke tangan suami.

Mendengarkan soalan tersebut, netizen mengatakan jika suami berbuat demikian si isteri juga boleh meminta ‘bayaran’ daripada suami untuk banyak perkara seperti dalam melakukan kerja rumah.

Bagaimanapun, lelaki itu berkata jika isterinya hanya suri rumah sudah tentu dia tidak perlu membayar sewa. Namun lelaki itu sekali lagi menekankan, sekiranya isteri bekerja dan melakukan kerja rumah bersama-sama adakah adil untuk meminta membayar separuh rumah sewa.

Dalam pada itu, ada yang bertanyakan kepada lelaki brkenaan adakah ianya tidak menjadi masalah baginya kerana jika isteri terlibat dalam pembayaran, ianya akan jatuh sebagai ‘harta sepencarian’ walaupun suami membeli rumah berkenaan sebelum berkahwin.

Ujar netizen itu lagi, isteri boleh menuntut rumah berkenaan jika mereka bercerai ataupun jika suami berpoligami.

Namun, komen seorang netizen ini menarik perhatian apabila dia mengatakan bahawa sudah menjadi kewajipan seorang suami untuk menyara isteri dan tidak berhak untuk meminta membayar sewa rumah hanya kerana si isteri bekerja.

Ujarnya lagi, isteri yang bekerja berhak untuk menggunakan wang mereka sesuka hati dan tidak wajib untuk berkongsikan wang mereka dengan suami atau orang lain. Apa pendapat anda tentang persoalan lelaki ini?

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.