Solat Berjemaah Online, Lelaki Sekolahkan Couple Ini

Baru-baru ini tular video di Instagram memaparkan lelaki dan perempuan dipercayai sepasang kekasih sedang membuat panggilan video sambil solat berjemaah.

Dalam video tersebut, lelaki berkenaan yang memakai baju berwarna hijau sedang menunaikan solat sambil membuat panggilan video bersama seorang gadis yang memakai telekung turut solat bersama.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut terkejut dengan tindakan pasangan berkenaan.

Malah, video itu turut mendapat perhatian salah seorang anggota kumpulan nasyid Zayne, Furqan Fawwan yang tampil memberikan pandangan mengenai perkara itu.

Kesal dengan perbuatan tersebut, Furqan berkata kandungan video seperti itu sewajarnya ianya diberi teguran apatah lagi solat merupakan penghubung antara kita dengan Maha Pencipta.

Tidak dapat dipastikan ianya berlaku di negara mana, Furqan berkata teguran diberikan bukan untuk memalukan sebaliknya peringatan kepada ibu bapa supaya memantau media sosial anak-anak.

Dalam pada itu, Furqan berkata lebih membimbangkan ramai anak-anak sekarang seolah bebas memuat naik konten semata-mata untuk mengejar populariti.

Ujarnya lagi, dia turut meminta pasangan tersebut untuk berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sebuah konten.

SUMBER: Instagram Furqan Fawwaz