Sorok Emas Kasar Dalam Makanan Seafood Demi Surprise Birthday

Benarlah apa dikata, tidak kira ramai mana kawan kita namun sahabat setia susah untuk dicari apatah lagi yang ada ketika susah dan senang.

Seperti seorang wanita ini, Attya Saari dia membuat kejutan buat sahabat baiknya selama 18 tahun sempena hari lahirnya dengan menghadiahkan gelang emas bernilai RM11,000 di dalam makanan seafood.

Menerusi video yang tular di TikTok, Attya menyembunyikan rantai tangan yang sudah dibungkus kemas dalam plastik di bawah timbunan makanan laut itu.

Lebih lucu, pada awalnya sahabatnya itu spontan mencampak bungkusan tersebut kerana disangkakan benda asing yang tersesat dalam makanan laut lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cincess (@attyrasaari)

Namun, dia kemudian mengambil semula dan terus menjerit kerana ada rantai tangan emas dalam bungkusan itu serta terus mengatakan sudah kenyang.

Memetik portal World of Buzz, Attrya berkata dia mahu memberi hadiah istimewa buat rakan baiknya yang baru berkahwin dua minggu lalu.

Ujarnya, rakannya itu sentiasa ada susah senang dengannya dan apabila dia tidak duit untuk meneruskan kehidupan.

Lebih menyentuh hati, Attrya berkata ketika dia susah sewaktu mula berniaga dahulu, rakannya itu pernah memberikan gelang emas miliknya untuk digadai demi membantunya.

“Gelang emas yang saya berikan itu adalah lambang persahabatan kami. Saya tak pernah lupakan jasanya yang pernah membantu saya,” katanya.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram

SUMBER: World of Buzz