Sejak Isnin lalu, hangat diperkatakan mengenai selebriti popular, Neelofa dan suaminya, PU Riz ke Langkawi. Bagaimanapun, segalanya terjawab apabila pihak polis mengesahkan pasangan pengantin baru tu ke Langkawi atas urusan kerja dan bukan untuk berbulan madu.
Difahamkan, Neelofa ke Langkawi atas urusan kerja bersama Chatime. Namun, netizen seolah tidak berpuas hati sehingga ada yang melakukan siasatan.
Bagaimapun, hari ini syarikat produk minuman Tealive memuat naik beberapa status yang mencetus tanda tanya netizen.
Salah satunya, Tealive memberi peringatan bahawa pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan di seluruh negara.
Manakala, satu lagi status dimuat naik mempunyai ayat tergantun mengatakan syarikat minuman itu lebih baik daripada….
Rata-rata netizen turut tertanya-tanya kepada siapa posting itu ditujukan. Namun, tidak dapat dipastikan sama ianya ianya ditujukan kepada pasaingnya, Chatime atau tidak.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen meninggalkan komen sindiran mahu membuka cawangan Tealive di tempat tertentu dan meminta agar diberi surat rasmi untuk merentas negeri.
SUMBER: Twitter