Stok Semakin Berkurang, KKM Minta Mereka Darah A & B Segera Menderma

Susulan pandemik COVID-19, Pusat Darah Negara memaklumkan stok darah kini semakin berkurang. Berikutan itu, pemilik darah jenis A dan B diminta untuk tampil segera untuk menderma.

Menerusi satu kenyataan PDN di Facebook rasmi mereka, penderma boleh menderma melalui tiga lokasi derma darah di ibu negara seperti yang dinyatakan di bawah.

1. Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak

– Isnin hingga Jumaat – 7.30 pagi hingga 8 malam

– Sabtu dan Ahad – 8 pagi hingga 6 petang.

2. Midvalley Donation Suite, Midvalley Megamall

– Isnin hingga Ahad – 10 pagi hingga 6 petang.

3. Suite Derma Darah Puspanita, Puspanitapuri, Presint 10 Putrajaya

– Isnin hingga Ahad – 10 pagi hingga 6 petang

SUMBER: Facebook Pusat Darah Negara