Suami Inginkan Anak Lagi, Wanita Risik Pengasuh Jadi Madu

Hakikatnya tak semua wanita sanggup hidup bermadu dan berkongsi suami. Namun, berbeza dengan wanita ini, Sarifah Salmah Tuan Embong yang bukan sahaja sanggup berkongsi kasih tetapi merisik madu untuk suaminya, Saiful Abdul Satar.

Tular kisah pasangan ini selepas madunya berusia 18 tahun berkongsi video dan gambar perkahwinannya di TikTok.

Menerusi video itu, Nur Elyana dan Sarifah duduk berdua dipelamin bersama suami mereka memakai baju pengantin sedondon berwarna hijau.

@aliyamysara3Yaa 18 tahun, maduku 26 Tahun, Suami 34 tahun. Doa yg terbaik untuk kami😘☺️ semoga kami bahagia hingga akhir ayat❤️##fpy ##pengantinpkp2021

♬ bunyi asal – AliyaMysara

Menurut wanita berusia 26 yang menetap di Kampung Bahagia, Mersing, Johor mengakui dia yang meminta suaminya berkahwin dengan Nur Elyana yang merupakan pengasuh anak mereka.

Ujarnya, dia berbuat demikian demi kebahagiaan suaminya yang inginkan zuriat lagi. Ujarnya, dia berisiko tinggi untuk hamil selepas keguguran anak kedua pada 2019.

“Yaa (nama gelaran Nur Elyana) bukan lagi asing bagi saya dan suami kerana dia adalah pengasuh anak (Amir Malik Saiful, 7) dan tinggal bersama kami sejak empat tahun lalu.

“Malah, hubungan kami tidak seperti majikan dan pekerja kerana saya sudah menganggapnya seperti adik sendiri.

“Anak saya juga rapat dengannya jadi sebab itu saya tidak kisah terima Yaa sebagai madu, bukan wanita lain kerana sudah kenal lama dengannya,” katanya.

Sarifah berkata suaminya terkejut selepas dia menyuarakan hasrat berkenaan, namun dia tahu itu adalah keputusan terbaik untuk mereka.

“Malah, saya sendiri yang pergi merisik Yaa di rumah keluarganya dekat Felda Kerteh, Paka Terengganu pada 1 Januari lalu dan mendapat restu kedua ibu bapanya.

“Jujurnya, saya gembira melihat mereka disatukan kerana selama ini Yaa yang menemani saya dan anak ketika suami tidak pulang disebabkan ada kerja di luar kawasan, jadi saya percaya dia wanita yang baik dan mampu menggalas tugas sebagai isteri walaupun masih muda,” katanya.

SUMBER: Harian Metro