Suami Isteri 4 Bulan Tinggal Dalam Kereta, Hilang Kerja Sebab COVID-19

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia hari ini banyak memberi kesan besar lebih-lebih lagi kepada sektor ekonomi sehinggakan banyak syarikat gulung tikar dan pekerja terpaksa diberhenti.

Seperti yang dihadapi oleh pasangan ini yang terpaksa tinggal di dalam sebuah kereta sejak empat bulan lalu kerana tiada tempat berteduh selepas hilang pekerjaan akibat COVID-19.

Memetik Harian Metro, pasangan berkenaan J Rajakumari dan suaminya P Sivagamyselvan, kedua-duanya berusia 45 tahun sebelum ini bekerja sebagai pencuci kereta di Johor Bahru selama lapan tahun terpaksa pulang ke kampung halaman di Kampar, sejak Julai lalu.

Mereka berhasrat untuk tinggal di rumah mendiang bapanya di Jalan Temoh, Kampung Baharin Pinji, namun rumah berkenaan tidak boleh diduduki lagi kerana rosak teruk dan terpaksa berteduh di dalam kereta Proton Iswara milik mereka.

“Kami berdua makan dan mandi di sebuah stesen minyak di Bandar Baru Kampar kerana tidak mampu menyewa rumah atau hotel. Kami memang tidak selesa dan susah hati kerana tinggal dalam kereta, tambah pula keadaan kesihatan saya tidak berapa baik,” katanya.

Keperitan yang dialami oleh pasangan itu berakhir apabila kisah mereka mendapat perhatian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pejabat Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri).

Malah, Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan dengan kerjasama NGO serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut membantu membina semula rumah peninggalan mendiang bapa Rajakumari.

“Ini adalah tanggungjawab sosial korporat dalam membantu golongan miskin tegar memiliki kediaman yang selesa seterusnya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih sempurna,” kata Nolee Ashilin, pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan.

Difahamkan, seramai 32 anggota bomba ditugaskan untuk membina rumah itu yang dijangka siap sepenuhnya sebelum sambutan Deepavali, bulan depan.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di <a href=”https://www.facebook.com/thegulapop/” rel=”noopener” target=”_blank”>Facebook</a> dan juga <a href=”https://www.instagram.com/gula.pop/?hl=en” rel=”noopener” target=”_blank”>Instagram</a>.

SUMBER: Harian Metro& Sinar Harian