Sejak kebelakangan ini banyak kes kecurangan pasangan yang tular di media sosial dimana berakhir dengan pertelingkahan dan pergaduhan.
Namun, berbeza dengan video tular di aplikasi TikTok ini dimana memaparkan seorang wanita menangkap suaminya berdua-duaan dengan wanita lain di dalam sebuah bilik gelap.
Menerusi video itu, wanita tersebut yang terkejut dengan kehadiran si isteri terus mengemas beg dan beredar.
Apa yang menjadi perhatian, meskipun kecewa dan terluka dengan sikap suami namun si isteri yang sedang hamil 6 bulan itu tetap tenang dan masih mampu tersenyum.
Malah, wanita itu masih boleh bertanya dengan baik dan penuh sabar biarpun suaminya berlaku curang di depan mata.
Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kagum dengan wanita tersebut tetap tenang. Malah, ada yang mengatakan mereka tidak dapat bayangkan reaksi jika berada di tempat wanita itu.
Dalam pada itu, netizen turut mempersoalkan tindakan si suami yang berbuat demikian lebih-lebih lagi ketika di bulan mulia ini.
SUMBER: TikTok & Beautifulnara