Suami Kantoi Curang, Orang Ramai Bantu Isteri Pancitkan Tayar Kereta

Setiap pasangan yang berkahwin pasti impikan rumah tangga bahagia kekal hingga ke akhir hayat. Namun, tiada siapa mampu meramal masa depan.

Sejak kebelakangan ini ada sahaja kisah suami berlaku curang dikongsikan di media sosial sehingga ada yang diceraikan.

Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok memaparkan seorang wanita berbaju putih duduk di bonet hadapan sebuah kereta.

Difahamkan, wanita itu duduk di atas kereta suaminya yang ketika itu berada di dalam kereta bersama orang ketiga.

Menerusi perkongsian di TikTok, si isteri nekad melompat naik diatas kereta tersebut yang berjalan berlahan berikutan terlampau marah melihat suaminya curang.

Wanita tersebut juga dilihat menangis-nangis memanggil suaminya untuk keluar. Melihatkan pada pakaian yang dipakai, wanita tersebut bertugas sebagai seorang bidan di pusat perubatan berdekatan.

Lebih geram, si perampas berkenaan turut secara terang terangan menayang hubungannya dengan suami orang itu di media sosial.

Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji tindakan orang ramai yang membantu wanita berkenaan menahan kereta yang dinaiki si suami.

Sementara itu, ada yang mendengar cerita orang awam yang berada di lokasi berkenaan bertindak membuang angin tayar kereta suaminya.

SUMBER: Kisah Dunia