Suami Kantoi Kahwin Lain, Isteri Pertama Tabah Bergambar Dengan Madu Atas Pelamin

0
37855

Setiap pasangan yang berkahwin pasti impikan rumah tangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat. Namun, meskipun sudah bertahun bersama sudah pasti perkahwinan akan diuji.

Lebih memeritkan bagi wanita apabila diduakan oleh suami dan sukar untuk mereka menerima wanita lain dalam hati suami tercinta.

Bagaimanapun, ada yang reda dengan ketentuan Ilahi menerima wanita bergelar madu dalam hidup mereka.

Baru-baru ini tular perkongsian seorang pengguna TikTok bernama Puanrose71 mengenai kakak iparnya apabila abangnya bernikah secara senyap pada bulan 11 tahun lalu.

Bagaimanapun segalanya terbongkar selepas dua minggu abangnya berkahwin. Namun, siapa sangka kakak iparnya menerima madunya dengan hati yang terbuka.

Kata wanita itu lagi, lebih mengagumkan, kakak iparnya tidak kekok melayan madunya malah siap posing bersama di atas pelamin.

Kata wanita itu lagi, melihatkan situasi berkenaan dia sendiri pasti akan rasa sedih jika dimadukan namun dia melihat kakak iparnya kuat tetapi dalam hati tiada siapa tahu.

Video dikongsikan Puanrose itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengagumi ketabahan isteri pertama itu.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan isteri pertama dilihat senyum bergambar di atas pelamin namun dalam hati mungkin menangis.

Tidak kurang juga, rata-rata netizen mengatakan tidak mungkin mereka sekuat wanita itu yang masih boleh tersenyum. Kata netizen lagi, mereka lebih rela menjanda daripada dimadukan.

SUMBER: TheKlasik.com