Sebut saja nama Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri pasti ramai mengenali usahawan kosmetik itu yang sememangnya cukup jelita.
Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai video dimuat naik oleh pengasas produk jenama Noir itu, dimana telefon bimbitnya hilang.
Menerusi video tersebut, bagaimanapun telefon miliknya akhirnya ditemui di dalam bonet kereta. Kedengaran, Madammu ‘membebel’ menyalahkan suaminya telefonnya berada di bonet kereta.
Bagaimanapun, tindakan suaminya menimbulkan rasa kurang netizen dilihat menampar isterinya yang tidak berhenti membebel selepas meminta Madammu diam seketika.
Diruangan komen, rata-rata netizen berpendapat tindakan itu seolah sudah menampakkan ‘red flags’ meskipun dilihat tampar secara lembut.
Kata seorang netizen, jika mereka berada di tempat Madammu pasti akan rasa tidak selamat serta mendakwa suaminya mudah hilang sabar.
Dalam pada itu, ada yang berpendapat meskipun ianya tindakan menampar itu spontan dan nampak lembut namun ia bukan perkara yang kelakar.
Sementara itu, ada yang mempertahankan pasangan itu kerana mungkin mereka hanya bergurau namun hairan apabila ada netizen bertelagah disebabkan tamparan tersebut.
Tidak kurang juga ada yang berpendapat adalah lebih baik jika tidak perlu rakam atau kongsikan video seperti itu kerana bimbang menimbulkan salah faham netizen sedangkan mungkin itu cara mereka bergurau suami isteri.