Suami Pasrah Isteri Tak Sengaja Beli Baju Raya Sama Dengan Dinding Rumah

Tinggal dua hari lagi, pasti ramai yang sibuk dengan persiapan menjelang Aidilfitri. Meskipun tidak dapat pulang ke kampung berhari raya, namun tetap diraikan secara sederhana di rumah dengan berpakaian baru di hari pertama.

Bagaimanapun, pasti riuh buat keluarga ini di pagi raya nanti, mana tidaknya baju raya tema hijau yang dipilih tahun ini sedondon dengan dinding rumah mereka.

Menerusi video dikongsikan oleh seorang wanita, Schamia di aplikasi TikTok yang teruja apabila sudah menyediakan baju raya untuk suami dan anak-anak.

Namun apa yang lucu, ketika mencuba baju Melayu tersebut suaminya baru perasan warnanya sama dengan dinding rumah mereka.

Telatah si suami tertanya menghiburkan apabila dilihat berdiri menghadap dinding seolah ‘merajuk’ dengan warna pilihan tersebut.

Perkongsian wanita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut terhibur melihat reaksi suami yang pasrah memakai baju Melayu tersebut.

Malah, ada yang berseloroh bahawa mereka tidak nampak suaminya berada di dinding. Tidak kurang juga, ada yang memberi cadangan kepada si suami boleh menyorok jadi dinding jika isteri panggil buat kerja rumah.

SUMBER: TikTok