Suami Tak Tahan Nak Senggama Dengan Isteri Dalam Pantang, Sanggup Guna Ubat Tidur

Baru-baru ini tular perkokngsian seorang pengguna Twitter memuat naik paparan mengenai luahan hati seorang isteri yang dianiaya suaminya ketika dalam berpantang.

Menerusi perkongsian itu, wanita itu memberitahu dia kini dalam tempoh berpantang 20 hari dan darah nifasnya masih belum kering serta luka kesan melahirkan zuriat masih belum pulih.

Katanya lagi, suaminya yang selalunya meletakkan ubat pada luka jahitannya. Lebih mengejutkan, ketika masih dalam pantang suaminya meminta untuk bersama.

Namun, dia enggan berbuat demikian apatah lagi darah nifas belum kering dan luka bersalin belum baik lagi.

https://twitter.com/kingarep_/status/1495641488394440705?

Dedahnya, berlaku eposid hitam dalam hidupnya apabila suaminya meletakkan ubat tidur dalam makanan hanya kerana ingin melakukan hubungan intim.

“Saya minum lah air milo panas yang dia buatkan untuk saya.. dalam beberapa minit lepas tu, kepala saya pening terus tak sedarkan diri.

Kepala saya pening terus saya tak sedar kan diri, tiba-tiaba saya sedar, saya dalam bilik tanpa pakai baju dan suami saya ada dekat sebelah tengah peluk saya.

“Saya kejut suami tanya apa dah jadi? Dia senyum je, lepas tu dia cakap tak tahan sangat,, terus saya tampar muka dia. Rupanya dia bagi saya ubat tidur dan dia dah meratah saya tima saya tak sedar diri,” katanya.

Wanita itu meminta pendapat netizen kerana bimbang dirinya akan sakit apatah lagi dia belum habis berpantang lagi. Ujarnya, suami ada memujuknya dan meminta maaf namun dia kini lebih pentingkan keadaan diri serta anaknya.

Luahan wanita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa berang dengan sikap tidak bertanggungjawab si suami yang sanggup bertindak sedemikian terhadap isteri.

Dalam pada itu, netizen turut bengang dengan tindakan si suami itu yang tergamak meletakkan ubat tidur dalam makanan semata-mata kerana tidak dapat menahan nafsu.

Sementara itu, ramai yang bersimpati dengan nasib si isteri yang bersuamikan durjana seperti itu serta berharap segalanya dipermudahkan.

SUMBER: Twitter @kingarep