Suami Tawar Diri Jadi BF Olok-Olok & Mesej Isteri Orang, Wanita Nekad Mahu Bercerai

Jika anda mengikuti Facebook aktivis terkenal, Syed Azmi, beliau sering berkongsikan kisah benar mengenai rumah tangga dan kes hamil luar nikah yang berlaku di kalangan masyarakat.

Baru-baru ini, Syed Azmi berkongsikan kisah rumah tangga dimana seorang wanita yang tertekan dengan sikap suaminya yang menjalin hubungan sulit dengan isteri orang.

Kata wanita itu lagi, suami juga sanggup menawarkan diri menjadi kekasih olok-olok kepada seorang wanita kononnya mahu membuatkan bekas kekasih wanita itu cemburu.

Namun, wanita itu berkata dia memaafkan suaminya dan memberi peluang kedua memandangkan dia mengenali wanita itu.

Bagaimanapun sangkaan suaminya sudah berubah meleset apabila lelaki itu bermesej dengan seorang wanita berstatus isteri orang pula.

Tidak tahan dengan sikap suaminya itu, wanita itu nekad untuk bercerai. Suaminya mengakui kesilapannya dan menangis memohon ampun kepadanya.

Meskipun sudah meminta untuk berpisah, suaminya tidak mahu untuk menceraikannya. Ujarnya, dia tidak boleh menerima lagi tindakan suaminya itu memandangkan sebelum ini sudah diberi peluang.

Buntu memikirkan masalah tersebut, wanita itu menghubungi Syed Azmi untuk mendapatkan pandangan sama ada perlu beri peluang pada suaminya lagi atau berpisah sahaja.

SUMBER: Facebook Syed Azmi