Baru-baru ini, perkongsian oleh personaliti TV terkenal Fedtri Yahya menjadi perhatian ramai mengenai luahan seorang wanita yang mahu memohon cerai kerana tidak tahan bersama suaminya yang tidak bekerja.
Bagaimanapun, wanita itu mengakui rasa serba salah apatah lagi memohon cerai ketika suami dalam keadaan susah.
Ujarnya, selama ini makan minum dan segala bil dibayar menggunakan simpanan suami, namun sudah lama habis. Malah hasil pajakan barang kemas juga hampir habis digunakan.
Kata wanita itu lagi, makanan harian pula perlu disukat dan jauh sekali untuk merasa ayam atau ikan.
Semoga yang arif atau berpengalaman dapat berkongsi sesuatu. pic.twitter.com/Jis3gWKPfV
— Fedtri Yahya (@fedtriyahya) March 1, 2022
Bukan itu sahaja, anak-anak juga tidak dibenarkan untuk ke ke sekolah atas alasan bimbang akan divaksin secara senyap-senyap.
Jelas wanita itu lagi, mereka sudah berbincang namun berkakhir dengan pergaduhan mulut sahaja. Malah, keluarga tidak mahu masuk campur kerana takut dengan suaminya yang panas baran.
Wanita itu berkata lagi, dia hanya mahu mencari cara untuk selesaikan masalah itu namun tiada jalan.
Luahan wanita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan bukan suami yang kesusahan sebaliknya, suami yang menyusahkan anak isteri.
Dalam pada itu, ada yang memberi cadangan kepada wanita itu supaya pergi ke mahkamah syariah bagi menyelesaikan masalah rumah tangganya itu.
SUMBER: Twitter Fedtri Yahya