Suami Yang Kantoi Curang Tapi Dia Yang Hempuk Isteri

Tiada wanita dapat menerima jika suami yang dikasihi berlaku curang. Namun, lebih sakit jika suami berlaku curang dan kemudian si isteri menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Seperti yang berlaku kepada seorang wanita dikenali Bella ini, yang dipukul suami selepas membongkar kegiatan curang bekas suaminya melalui dating apps.

Memetik mStar Online, Bella berkata meskipun kejadian itu sudah setahun berlalu namun dia masih terkenang detik hitam itu.

Menurut Bella, seminggu sebelum kejadian itu berlaku dia seolah bermimpi untuk memeriksa telefon suaminya dan akhirnya mimpi itu benar kerana mendapat tahu banyak dating apps dalam telefon suaminya.

“Mula-mula kita orang bergaduh sebab dia hantar gambar tak senonoh dekat perempuan. Malam tu rasa macam mimpi kenapa nak check telefon dia.

“Bila saya buka (telefon) memang sebiji sama macam mimpi. Banyak sangat dating apps dia, ada empat lima macam tu. Bila dah kantoi, seminggu saya diam sahaja dan hanya menangis sahaja,” katanya.

Bukan itu sahaja, suaminya juga turut menghantar gambar tidak senonoh pada perempuan lain. Ujarnya, seminggu dia mendiamkan diri dan akhirnya membuka mulut.

Namun, selepas kantoi, suaminya melenting dan terus memecahkan telefon kepunyaananya. Tidak cukup dengan itu, Bella ditampar dan ditumbuk oleh bekas suaminya sekuat hati.

Tidak dapat melawan kudrat lelaki, Bella berkata dia kemudian berlari ke dapur untuk mendapatkan sesuatu untuk melindungi dirinya, namun suaminya merakam video konon untuk dijadikan bukti kerana melawan.

Ujarnya lagi, dia sudah pun melaporkan kejadian itu kepada pihak berwajib namun bekas suaminya menuduhnya gila serta mengatakan dirinya memukul diri sendiri.

Dalam pada itu, Bella meluahkan rasa syukur kerana banyak agensi yang tampil untuk membantunya.

“Saya nak tuntut balik keadilan, sampai sekarang saya masih teringat dan menangis bia ingatkan balik kes ini. Ada beberapa agensi hubungi saya dan membantu,” katanya.

SUMBER: mStar Online