Suara Masih Mantap Macam Dulu, Renggo Arrow Selamba ‘Tarik’ Sambil Tebar Roti

Boleh dikatakan ramai selebriti tidak hanya bergantung pada pendapatan mereka sebagai penggiat seni sahaja. Semakin ramai di kalangan selebriti mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.

Sebut sahaja nama kumpulan Arrow, pasti ramai meminati lagu Niat Hati Tak Nak Berpisah. Untuk pengetahuan anda, penyanyi kumpulan tersebut iaitu Renggo sudah bertahun-tahun mencari rezeki sebagai penebar roti canai.

Sudah lama tak dengar cerita mengenai penyanyi itu, baru-baru ini ramai yang terpesona dengan suara Renggo apabila tular videonya di laman Twitter.

Namun, lebih menjadi perhatian, Renggo menyanyikan lagu popular itu dengan baik sekali sambil membuat roti canai.

Memetik laporan Utusan Online, Renggo mempunyai kedai makan miliknya sendiri di Kajang sejak 10 tahun lalu sebagai sumber rezeki.

Bagaimanapun, perniagaannya merosot susulan pandemik Covid-19 dan rakannya di Kelantan mengajaknya berniaga di sana. Katanya, roti canai jualannya laris dan lebih 200 keping terjual dalam sehari.

“Saya ke Kelantan kerana rakan karib minta saya berniaga di sini. Lagi pun kos hidup di Kelantan lebih murah berban­ding di ibu kota.

“Alhamdulillah, jualan roti canai saya di sini laris sehingga lebih 200 keping sehari, itu pun belum memenuhi permintaan pelanggan,” ulas Renggo.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini Renggo pernah menyertai pertandingan Kilauan Emas dengan menggunakan nama Zain.

https://youtu.be/xQUA1YcRF20

SUMBER: Twitter