Hari ini tular video di Facebook memaparkan empat orang wanita beragama Islam tidak berpuasa dan makan di sebuah restoran secara terbuka di bulan Ramadan.
Kejadian itu dipercayai berlaku di negara jiran, Singapura. Menerusi video tersebut, seorang wanita yang merakam video berkenaan bertindak mengegur keempat wanita berkenaan yang disifatkan tidak sopan.
“Yang makan makanan Cina ini semua, dia cakap dia kerja dengan orang Cina, lepas tu dia boleh makan. Korang buat malu orang Islam, pakai tudung lagi. Apa nak jadi?,” katanya.
Sudahlah tidak berpuasa dan makan dikhalayak ramai, salah seorang wanita siap berdebat dengan si perakam mengenai puasa.
Difahamkan, wanita yang merakam video berkenaan sempat berkata bahawa dia ingin melaporkan hal itu Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) serta memuat naik video berkenaan di Facebook.
Nampaknya isu makan di tempat awam ketika bulan Ramadan semakin hangat diperkatakan. Jika ‘uzur’ pun janganlah sampai makan secara terbuka.
SUMBER: Facebook Jihair Bin Adey