Sugu Pavithra Muncul Kembali Di YouTube, Netizen Tak Sabar Nak Cuba Resepi Baru

Tahun lalu, nama Sugu Pavithra menjadi perhatian ramai apabila berjaya menambat hati rakyat Malaysia dengan resepi masakan dan kisah kehidupan sederhana, pasangan itu mempunyai lebih 800k jumlah subscriber di laman YouTube.

Sudah lebih empat bulan tidak memuat naik video masakan selepas terpalit dengan kontroversi terdahulu, akaun Sugu Pavithra kini kembali aktif.

Difahamkan, pasangan itu memuat naik video baru pada 20 Februari lalu dengan berkongsikan resepi masakan Briyani Kambing & Salad Timun

Sehingga kini sudah ada empat video dimuat naik dan terbaru Sugu Pavithra berkongsikan resepi Lala Goreng Tumis Pedas yang dimuat naik semalam.

Melihatkan perkongsian tersebut, rata-rata netizen teruja dengan kemunculan semula pasangan tersebut dan tidak sabar untuk mencuba pelbagai resepi.

Malah, ramai yang merindui video masakan daripada Pavithra. Semoga pasangan ini akan terus konsisten berkongsikan resepi kepada para peminat.