Suka Sangat Pakai Tudung, Gadis Non-Muslim Ini Sedang Belajar Ilmu Agama Islam

Malaysia sememangnya sangat unik dengan pelbagai bangsa, kaum, agama dan juga adat. Jadi tidak hairan jika Melayu bersahabat baik dengan Cina, atau dengan India.

Hijab atau tudung sememangnya sangat sinonim dengan masyarakat beragama Islam. Namun, pemakaian tudung sebagai fesyen kini kian mendapat tempat dalam kalangan bukan muslim.

Seperti gadis bernama Lynn dari Sarawak ini yang sudah menyimpan keinginan untuk menjadi saurada baru dalam keluarga Islam dan kini sedang mendalami ilmu Islam.
Ujarnya, jika diberi peluang selepas mendalami dan faham tentang agama Islam, dia akan perlahan-perlahan memeluk Islam.

Malah, Lynn berkata dia mula belajar memakai tudung sejak tahun 2018 lagi. Memandangkan ramai diantara rakannya yang beragama Islam.

Katanya lagi, dia sudah ada niat dari dulu lagi untuk memeluk agama Islam, jadi tidak salah untuknya belajar lebih untuk menjadi seorang muslimah yang sejati suatu hari nanti.

“Sebab semua kawan i muslim so i dah terikut cara dorang, and if ada rezeki i nak convert to Islam sebab i memang ada niat dari dulu lagi. Now, pun i slow-slow learn more about Islam,” katanya.

https://twitter.com/zzacklynn/status/1309515097455251458

Dalam pada itu, perkongsiannya di Twitter turut menjadi bualan apabila gadis itu memuat naik gambarnya berhijab.  Rata-rata netizen memuji gadis itu tampil manis cantik berhijab serta mendoakan agar diberi hidayah dan sentiasa istiqomah di dunia dan akhirat.

SUMBER: SiakapKeli