Sungguh Berani, Ini Punca Polis Ini Saman Polis Lain

Nampaknya pihak berkuasa juga tidak terlepas daripada undang-undang jalan raya apabila anggota dan pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah menerima “kejutan” selepas mereka diperiksa dan disaman dalam pemeriksaan pagi tadi.

Pemeriksaan dilakukan abatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard serta Cawangan Khas IPK Kedah di pintu masuk IPK.

Menerusi laman Facebook Polis Kedah, beberapa kenderaan milik pegawai dan anggota serta kakitangan awam telah disaman kerana melanggar undang-undang jalan raya antaranya menggunakan nombor plat ‘fancy’.

Antara pemeriksaan yang dilakukan adalah pemeriksaan dokumen sulit, pemeriksaan kenderaan dan pemeriksaan pas keselamatan.

Dalam pada itu, ramai memuji operasi berkenaan yang tidak pilih kasih dengan mengenakan saman kepada sesiapa yang melanggar peraturan.

Tidak kurang juga, ramai yang berharap operasi tersebut dapat diteruskan di seluruh Malaysia serta mencadangkan pemerikasaan dilakukan di IPD juga.

SUMBER: Facebook Polis Kedah