Sungguh Berani, Lelaki Ini Selamba Hisap Rokok Tepi Pam Minyak

Umum mengetahui, semasa di stesen minyak ada beberapa perkara kita perlu ikuti tentang cara peraturan mengisi minyak.

Antaranya matikan enjin sebelum mengisi bahan api, tidak menggunakan alat elektronik ketika mengisi bahan api, serta tidak merokok dan menyalakan mancis atau pemetik api.

Namun, masih ramai yang tidak mengendahkan peraturan di stesen minyak berisiko untuk mencetuskan perkara tidak diingini.

Seperti kita tahu, punca utama lain yang mengundang kebakaran di stesen minyak adalah melalui perbuatan merokok dan masih ramai yang berdegil.

Baru-baru ini, tular video dikongsikan di Instagram rosebirumedia memaparkan seorang lelaki berada di dalam kereta di stesen minyak dilihat sedang merokok.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Difahamkan, kenderaan lelaki itu diletakkan di tepi pam minyak dan lelaki berkenaan dengan selamba menghisap rokok.

Dapat dilihat individu yang merakam video tersebut turut mengambil nombor pendaftaran kenderaan isu secara senyap-senyap.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menegur individu yang merakam video berkenaan yang tidak tegur menegur lelaki merokok itu sebaliknya hanya merakam video untuk konten semata-mata.

Dalam pada itu, ada yang berang dengan tindakan lelaki merokok itu kerana tindakannya itu boleh membahayakan nyawa orang lain yang berada di stesen minyak tersebut.

SUMBER: Instagram rosebirumedia