Sungguh Biadap, Penunggang Motosikal Sampai Hati Patahkan Cermin Sisi Myvi

Sebut saja nama Myvi, ada sahaja pelbagai kerenah mengenai kereta dengan jolokan ‘King’ itu. Ada sahaja kisah menarik kita dengar mengenai Myvi di media sosial.

Baru-baru ini tular video memaparkan tindakan seorang pengguna motosikal mematahkan sisi sebuah kereta Myvi dek kerana berang dengan tindakan pemandu tersebut menukar lorong secara mengejut tular.

Menerusi rakaman video itu, dapat dilihat kereta berkenaan dipandu perlahan sebelum bertindak menukar liring. Motosikal tersebut yang dilihat datang dari arah kiri terus memasuki lorong kanan itu dilihat hampir berlanggar.

Berang dengan tindakan pemandu Myvi berkenaan penunggan motosikal itu dilihat memarahi pemandu itu sebelum bertindak mematahkan cermin sisi kerta tersebut kemudian memecut laju.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam tindakan penunggang motosikal berkenaan serta menyifatkan perbuatannya itu seperti samseng.

Malah, netizen berkata pemandu Myvi berkenaan tidak salah kerana memasuki lorong secara perlahan-lahan, namun motosikal berkenaan yang secara tiba-tiba masuk ke lorong kanan.

Namun, ada yang mengatakan kedua-dua pihak yang salah kerana pemandu Myvi berkenaan dikatakan tidak memberi signal untuk menukar lorong, manakala penunggang motosikal itu melulu masuk ke kanan.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen berharap penunggang motosikal tersebut menerima balasan setimpal di atas perbuatannya itu.

SUMBER: Kosmo & Sukan Star TV