Sungguh Matang, Remaja Bergaduh Di Pavillion Sebab Vape

Semalam, tular di media sosial video pergaduhan melibatkan sekumpulan remaja yang memukul seorang individu di pusat beli belah Pavilion.

Bagaimanapun, difahamkan kesemua suspek berusia lingkungan 13 hingga 25 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Memetik laporan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan itu berpunca daripada ketidakpuasan hati berhubung penggunaan rokok elektronik (vape).

https://twitter.com/cringemalaysian/status/1373509697987284992

Berdasarkan siasatan, berlaku ketidakpuasan hati dalam kalangan kumpulan terbabit apabila salah seorang daripada rakan mereka berada dalam keadaan khayal dan pengsan selepas menghisap vape.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua mereka negatif dadah. Kesemua tahanan direman selama tiga hari bermula hari ini untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan Akta 574.

SUMBER: Kosmo!