Surat Rasmi Permohonan Pelepasan Suami Demi Main Bola Ini Buat Netizen Terhibur

Setiap lelaki mempunyai hobi mereka tersendiri namun tidak semua hobi mereka disokong oleh isteri atas beberapa faktor seperti mungkin akan mengabaikan mereka dan anak-anak atau kos hobi yang mahal.

Namun, apa yang best jika dapat kawan yang sentiasa menyokong demi melakukan hobi mereka.

Seperti kisah tular ini, seorang lelaki dikenali sebagai Yus Zainal ini terhibur apabila menerima surat daripada rakannya untuk diberikan kepada isterinya.

Surat tersebut adalah surat kebenaran agar isteri membenarkannya untuk bermain bola. Namun, apa yang lucu adalah isi surat tersebut.

Turut disertakan, meskipun beriadah mereka tidak lupa untuk bersolat serta mengaji. Malah, turut berjanji memastikan suaminya sentiasa menutup aurat.

https://twitter.com/yusrizainal/status/1380003130083962888

Lebih terhibur, rakannya memberi tempoh tiga hari kepada si isteri untuk membelanjakan duit suami serta meminta suami untuk melakukan kerja rumah bagi ‘menyempurnakan’ pelepasan tersebut.

Perkongsian surat kebenaran itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di Twitter yang terhibur dengan tindakan rakannya itu.

Malah, ada di kalangan netizen lelaki mengatakan ia idea yang bernas untuk meminta pelepasan daripada isteri selepas sini.

Tidak kurang juga ada yang bertanyakan adakah si suami lulus untuk bermain bola selepas mendapat surat kebenaran tersebut.

SUMBER: Twitter